TUGASAN BERKUMPULAN
(192953) (194158)
1. Teks Asal: When someone is angry at
you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan Melayu: Apabila seseorang
marah kepada anda, senyum sahaja dan minta maaf kepadanya.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya.
Alim terdiam. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.
2. Teks Asal: When you are at the lowest
point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.
Terjemahan Melayu: Apabila anda berada di
detik terendah dalam hidup anda, ingatkan diri anda bahawa ia akan segera
hilang juga. Semuanya akan selesai seiring dengan masa.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Alim tidak faham mengapa ayam dan
itiktiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim
sedih. Alim menangis. “Alim, tengok tu!,” kata nenek sambil menunjuk kearah
sekumpulan ayam dan itik di dalam reban ayam yang baru dibuat oleh atuk.
3. Teks Asal: Always be kind to others.
Terjemahan Melayu: Sentiasa bersikap
baik kepada orang lain.
Bukti: Cerita Sosial
2 (Saya yang Istimewa)
“Ibu, boleh kita
beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan
bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu
perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.
4. Teks Asal: Love and care for yourself
first before you tend to love and care for others.
Terjemahan Melayu: Sayangi dan jaga diri
anda terlebih dahulu sebelum anda cenderung mengasihi dan menjaga orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap.
Alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi.
5. Teks Asal: Say nice things, say good
things and you will find happiness in life.
Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang
baik, perkara yang indah dan anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup.
Bukti: Cerita Sosial
4 (Hati)
“Alim suka Sulaiman.
Sulaiman kawan Alim,” kata Alim lagi sambil melambai ke arah MakCik Timah lalu
masuk ke dalam rumah. MakCik Timah masih memandang ke arah Alim yang berjalan
masuk ke rumah. MakCik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim
sekeluarga.
6. Teks asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai
anda. Saya hanya orang biasa.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari
ini. Mereka hairan kenapa tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Namun mereka
cuba untuk menolong Alim.
7. Teks asal: To me, you are
the most precious person in the world.
Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu
keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.
8. Teks asal: When I look at
you, I will smile. My love will always be with
you.
Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa
bersamamu.
Bukti: Cerita Sosial
3 (Keluarga Saya)
“Saya sayang
keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain. “Saya rindu keluarga
saya setiap hari,” sebut Alim sambil tersenyum.
9. Teks asal: Kindness will speak
the truth.
Terjemahan Melayu: Kebaikan akan membuktikan kebenarannya.
Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)
Alim suka Cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis selalu mengajar Alim di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.
10. Teks asal: Be a better
person today and you will find happiness.
Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan anda akan mendapat
kebahagiaan.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambal tersenyum puas. Alim tahu sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.
RUJUKAN
Bukti daripada Cerita Sosial ini diambil daripada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi . Manakala quotation pula diambil dari buku 200 Quote for you...for us....
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
BUKTI KEHADIRAN
No comments:
Post a Comment