SITI AISHAH BINTI SAUTAR
194158
PENGALAMAN KELAS BBN3402 PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Assalamualaikum. Selamat pagi. Selamat tengahari. Selamat petang. Selamat malam. Ha banyak la kau selamat hahaa. Moga selamat kita semuanya Aaaamiiin, hihhihii. Buat post kali terakhir ini, saya akan ceritakan serba sedikit sepanjang 13 minggu saya belajar subjek BBN3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer. Banyak pahit manis kisahnya huhuhu.
Ya Allah, pada awalnya, tugasan yang diberikan oleh Prof Normaliza sangat mengejutkan saya. Hampir menangis saya sebab terpaksa melakukan banyak tugasan dalam waktu yang singkat huhuhu. Adik beradik saya pelik. Saya ditegur adik beradik saya. "Buat apa la lama-lama depan laptop tu?". Lepas saya cerita kena buat apa..mereka diam je. "Nak tolong pon tak pandai", katanya, hahahaa. Kita kena buat sendiri semuanyaaa... Namun, ianya mengajar saya dan rakan-rakan lain supaya terbiasa bekerja dalam tekanan. Betul tak kawan-kawan? hahahaa. Bagi kerja berkumpulan pula, saya amat berterima kasih kepada pasangan saya sebab selalu menolong saya setiap kali melakukan tugasan berkumpulan.
Saya tahu tugasan yang diberikan itu latihan yang baik untuk mengasah diri supaya cekap dalam bidang terjemahan terutamanya melibatkan terjemahan berbantukan komputer. Arahan daripada Prof juga menggambarkan arahan-arahan yang sebenar daripada para klien yang menginginkan hasil terjemahan yang memuaskan hati. Awalnya saya agak stress. Tapi sebenarnya bagus juga. Prof bagi situasi kehidupan sebenar macamana kerja terjemahan ni huhuuhu.
Melalui subjek ini juga mengajar saya supaya hadir kelas tepat pada masanya. Pukul 8.00 pagi setiap hari Isnin. Sudah tentu saya akan bersiap sedia untuk kelas ini. Pada pagi yang sejuk, saya kuatkan diri celikkan mata hahaha. Jujur saya kata, kelas dalam talian amat mencabar bagi saya. Kadang, saya tak dapat dengar sepenuhnya pengajaran yang disampaikan. Line slow sebab hujan la, tiba-tiba line putus la dan macam-macam lagi masalah. Tapi nak tak nak kehadiran kelas penting bagi Prof. Subjek ini satu-satunya kelas yang guna gambar dalam Zoom Meeting sebagai bukti kehadiran. Terkejut saya pada mulanya. Berkejaran ke dapur ambil sudu, cawan dan sebagainya hahahahah. Kreatif juga bukti kehadiran kelas ni ya...
Ha sudah, lepas beberapa minggu kena buat blog pulak. Terkial-kial saya. Sini sana tengok setting blog. Kadang buntu, letih, tak reti. Dulu dah buat blog, tapi lupa balik. Tapi dulu buat yang asas je. Untuk kelas ni kena buat macam-macam hahahaaa. Elok juga ada kerja buat dalam blog ni. Ilmu ni boleh guna pakai nanti...
Oopss ada pembentangan quote pulak, adui hahaa. Mulanya saya agak gementar terbayang macamanalah agaknya nasib aku nanti. Namun, taklah sesukar mana kan? Pelajar hanya perlu huraikan quote yang telah diberi dan bagi contoh sesuai. Terjemahan lisan secara langsung ni juga dapat mengajar pelajar supaya sediakan huraian atas kefahaman mereka sendiri. Betul tak kawan-kawan? Hmm apa-apa jelah hahaaha...
Okay, taknaklah panjang lagi. Nanti kang letih pulak nak baca huhuhu. Apapun, subjek penterjemahan berbantukan komputer ni banyak bagi pengalaman yang barulah bagi saya. Tekanan yang ada sepanjang buat tugasan Prof ni semestinya tidak dapat dilupakan ahahaaa. Saya ucapkan tahniah untuk diri sendiri, yeayyy, tetiber jer. Tahniah juga pada rakan-rakan sekelas. Kita sudah sampai sejauh ini hihihii. Pengalaman ini bukan sia-sia kan buat kita? Pendedahan yang baik oleh Prof. Terima kasih banyak-banyak Prof 🥰🥰🥰. Saya mohon maaf juga jika ada salah silap hehe.. Di bawah ini ialah tugasan-tugasan yang telah saya buat...
SENARAI TUGASAN SETIAP MINGGU
MINGGU 1
1. BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL
MINGGU 2
2. BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL
3. BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL
MINGGU 3
4. BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL
5. BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI
MINGGU 4
6. BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL
7. BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM
8. BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1
MINGGU 5
9. BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL
10. BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED
11. BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN
MINGGU 6
12. BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK
13. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED
14. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN
15. BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS
MINGGU 7
16. BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION
17. BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL
MINGGU 8
18. BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI
19. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER
20. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS
MINGGU 9
21. BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)
22. BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK
23. BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1
24. BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA
MINGGU 10
25. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)
26. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)
27. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)
28. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)
29. BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)
30. BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
MINGGU 11
31. BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)
32. BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
33. BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK
34. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)
35. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)
36. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)
37. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)
38. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)
39. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)
40. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)
41. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)
42. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)
43. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)
44. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)
45. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)
46. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)
BUKTI KEHADIRAN MINGGU 13
No comments:
Post a Comment